Kenali Asrama
Misi dan Visi Pengurusan Asrama
Moto Asrama
Objektif
Piagam
Peraturan
Carta Organisasi Pentadbiran Asrama
Struktur Badan Pengawas Asrama
Pelan Lokasi

 

 

 
Objektif Pengurusan Asrama
  • Menghasilkan pelajar-pelajar lepasan asrama berkualiti dan setanding dengan pelajar-pelajar asrama dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
  • Mewujudkan asrama sebagai institusi yang boleh menggantikan institusi keluarga dengan cara hidup berkeluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang, bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab antara sesama penghuni dengan penghuni dengan warden.
  • Menjadikan asrama sebagai satu tempat yang aman, damai, selesa untuk hidup dengan penuh kemesraan dan harmoni serta mewujudkan satu masyarakat yang akan datang yang berkeupayaan meneruskan hidup gemilang dengan budaya ketimuran bertepatan dengan nilai-nilai sebuah masyarakat Islam yang dinamis.
  • Mewujudkan suasana yang kondusif sebagai pencetus iklim pembelajaran yang baik dan meletakkan pencapaian akademik yang tinggi dan cemerlang sebagai satu kemestian.
  • Melahirkan pelajar yang sentiasa sedar, dapat menjaga diri dan menghiasi peribadi dengan nilai-nilai murni sepanjang masa.
  • Memperkembangkan pengaruh asrama agar dapat menarik minat lebih ramai menghuni asrama melalui aktiviti akademik, pembangunan insan dan peningkatan potensi pelajar asrama.
  • Menghebahkan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang wawasan asrama untuk memberi keyakinan kepada mereka bahawa asrama SMKDAM adalah pusat kecemerlangan.