Laman Utama
|
Kenali Asrama
| Galeri |
Muat Turun
|
Webmaster
Galeri Gambar
Sila Pilih Gambar
Bola Keranjang
Bola Tampar
Bola Sepak
Aras Suria
Aras Purnama
Aras Belantara
Aras Samudera
Gerbang Samudera
Hiasan Dinding
Asrama Putera
Panji Aras Asrama
Makan Malam 1
Makan Malam 2
Masjid 1
Masjid 2
Kuliah Maghrib 1
Kuliah Maghrib 2
Prep 1
Prep 2
Dewan Raja Abdullah
Kelas Malam 1
Kelas Malam 2
Kolah
Mengaji Al-Quran
Solat Berjemaah
Pejabat Urusetia
Piala Anugerah Juara
Salah satu permainan yang dimainkan oleh penghuni asrama,iaitu bola keranjang.
Sekumpulan penghuni asrama sedang berlatih bermain bola tampar
Permainan bola sepak masih lagi menjadi minat penghuni asrama lelaki walaupun sukan futsal telah diwujudkan di asrama.
SURIA merupakan salah satu aras asrama dan menjadi salah satu identiti asrama SMK Dato Ahmad Maher
PURNAMA merupakan salah satu aras asrama dan menjadi salah satu identiti asrama SMK Dato Ahmad Maher
BELANTARA merupakan salah satu aras asrama dan menjadi salah satu identiti asrama SMK Dato Ahmad Maher
SAMUDERA merupakan salah satu aras asrama dan menjadi salah satu identiti asrama SMK Dato Ahmad Maher
Gerbang ke aras Samudera di asrama lelaki amat unik kerana dihiasi dengan lampu berkelip yang menjadikannya lebih indah di waktu malam
Salah satu karya kreatif penghuni asrama yang menghiasi dinding di setiap koridor
Panorama di kawasan asrama putera
Panji yang dimaksudkan di sini adalah simbol kepada setiap aras asrama. Dari kiri adalah Samudera(biru), Suria(merah), Belantara(hijau) dan Purnama(kuning)
Penghuni asrama lelaki sedang menikmati makan malam
Penghuni asrama perempuan sedang menikmati makan malam.
Para penghuni asrama yang beragama Islam sedang membaca wirid selepas solat Maghrib.
Penghuni asrama perempuan sedang mengaminkan doa.
Penghuni asrama lelaki sedang kusyuk mendengar kuliah selepas solat Maghrib
Ketua Warden Asrama, Ustaz Wan Mohd Jamil sedang menyampaikan kuliah Maghrib kepada penghuni asrama.
Di dalam bilik prep penghuni asrama lelaki tingkatan 5. Mereka sedang menelaah matapelajaran demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM akan datang
Pelajar lain juga tidak terkecuali dalam menelaah pelajaran untuk setiap ujian akan datang.
Suasana di Dewan Raja Abdullah, yang menjadi tempat prep bagi sebilangan besar penghuni asrama perempuan kerana jumlah mereka yang agak ramai.
Suasana dalam kelas malam asrama. Kelas malam asrama diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar asrama yag tidak dapat menghadiri kelas tusyen mereka dengan belajar dengan sebilangan guru dari sekolah ini dan juga dari sekitar Kota Bharu mengikut subjek yang ditetapkan.
Para pelajar sedang mendengar dengan tekun pembelajaran yang diajar oleh guru subjek Kimia
Asrama SMK Dato Ahmad Maher merupakan satu-satunya asrama yang mempunyai kolah (di asrama lelaki dan perempuan) sebagai salah satu sumber alternatif air di asrama. Dengan adanya kolah, para penghuni dapat mandi tanpa perlu menunggu giliran untuk menggunakan bilik mandi.
Para penghuni asrama yang beragama Islam diwajibkan menghadiri kelas mengaji Al-Quran yang ditetapkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 2.30 hingga 4 petang. Para penghuni sedang membaca Al-Quran dengan diajar oleh salah sorang ustaz yang diamanahkan untuk mengendalikan kelas ini.
Sekumpulan penghuni asrama mengadakan solat Zohor secara berjemaah.
Pejabat Urusetia Warden yang terletak berdekatan dengan pintu masuk. Para pelawat yang mempunyai sebarang urusan seperti mengirim barangan kepada anak diminta meminta bantuan warden yang bertugas. Di papan kenyataan dipaparkan setiap info dan maklumat baru dari pihak pengurusan asrama.
Asrama SMKDAM pernah mendapat Anugerah Juara JPN dalam kategori Pengurusan Asrama.