Selamat datang ke Laman Web Rasmi Asrama SMKDAM.    
 
 
Makluman Semasa
 Kepada semua penghuni asrama, jadual waktu makan di dewan makan telah berubah. Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk notis yang telah ditampal pada papan kenyataan di luar urusetia. Sekian, terima kasih.

Maklumat Pelawat
Anda pelawat ke:
Counters



Interaktif


Pautan

Ke laman web rasmi SMK Dato Ahmad Maher

ke laman Jabatan Pendidikan Kelantan

ke laman PPD Kota Bharu

ke laman Kementerian Pelajaran Malaysia

ke laman kerajaan negeri Kelantan

 
 
Buletin Asrama

PERTANDINGAN LAMAN WEB ASRAMA PPD

KOTA BHARU 14 Jun 2007 - Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (SMKDAM) berjaya menjadi johan Pertandingan Laman Web Asrama Peringkat PPD Kota Bharu. Pertandingan ini disertai oleh saudara Uzailun Nafais dan Mohd. Sharir Zulhelmi serta diiringi oleh Ustaz W. Muhd. Jamil b. W. Sulaiman. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada acara Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT). Tempat kedua pula dimenangi oleh asrama SMK Naim Libanat dan tempat ketiga pula asrama Maktab Sultan Ismail.

Pertandingan ini membolehkan mereka layak ke Peringkat Negeri di Gua Musang pada 20 hingga 23 Jun 2007 bertempat di Makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 (SMK TIP1).

Tahniah diucapkan.

Rekabentuk laman web yang menjadi johan peringkat PPD Kota Bharu


PERTANDINGAN FUTSAL

KOTA BHARU 2 Mei 2007 - sempena cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak, Biro kokurikulum telah mengadakan pertandingan futsal peringkat asrama. Pertandingan ini disertai oleh 6 kumpulan.


PERTANDINGAN BAHAS PERINGKAT ASRAMA

KOTA BHARU 13 April 2007 - Asrama SMK Dato' Ahmad Maher mengadakan pertandingan bahas ala-parlimen peringkat asrama. Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Akedemik Asrama. Tempat pertandingan bahas diadakan ialah di Bilik Taklimat. Tujuan pertandingan bahas diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar asrama dalam perbahasan.

Bahas ini telah dihakimi oleh Kamarol, Kuiek Ah Meng, Faez Faisal, dan Em. Manakala Mohd Zami Zakwan sebagai Yang Dipertua Dewan.

Pertandingan terbuka kepada 3 kategori iaitu Kategori A bagi menengah atas, Kategori B bagi Pelajar Tingkatan 3 dan Kategori C bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Kategori A dimenangi oleh pasukan kerajaan yang disertai oleh Mohd Nadzri, Mohd Padli dan Fakhri Izzat. Bagi Kategori B dimenangi oleh Qalbi, Safwan dan Ridhwan. Manakala Kategori C dimenangi oleh Mohd Fadhil Muslim, Mohd Syawal Hafiz dan Mohd Khairi.


LAWATAN PELAJAR ASRAMA KE CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS 8 Mac 2007 - rombongan AJK asrama mengadakan lawatan sambil belajar. Ia disertai oleh 30 pelajar asrama dan diiringi oleh guru pengiring iaitu En. Ariffin bin Isa. Lawatan tersebut diadakan bagi memenuhi aktiviti di asrama.

 


Berita Nasional